Battle of the Brains 2010 mempelawa semua murid yang bakal menduduki UPSR, PMR dan SPM menyahut cabaran ini.

Pada tahun ini, penyertaan diberikan secara percuma untuk ahli berdaftar TUTOR ONLINE dan pelanggan-pelanggan ASTRO.

Saya hendak sertai Battle of the Brains 2010, sekiranya saya bukan ahli berdaftar TUTOR ONLINE dan pelanggan ASTRO apa yang perlu saya lakukan?

Baca selanjutnya.

Ingatan!!!

Untuk ahli TUTOR ONLINE, sertai pertandingan ini dengan memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan di laman web Battle of the Brains 2010.

Untuk pelanggan ASTRO, daftar dahulu di laman web ASTRO, www.astro.com.my, klik pada ikon Battle of the Brains 2010 dan ikuti arahan selanjutnya. Selepas itu periksa emel anda kerana anda perlu mengesahkan penyertaan anda terlebih dahulu.

Selepas anda mengesahkan pendaftaran anda bolehlah mula menggunakan Pakej Pembelajaran Dalam Talian Tutor.com.my selama 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan untuk bersedia menghadapi Battle of the Brains 2010. Gunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan sama ada untuk belajar atau menyertai Battle of the Brains 2010.

Jika anda bukannya ahli berdaftar TUTOR ONLINE atau pelanggan Astro, jangan bimbang!!! anda masih lagi boleh menyertainya. Daftar di sini, bayaran minima RM47.00 akan dikenakan. Selepas membuat pembayaraan anda akan menerima Nama Pengguna dan Kata Laluan yang membolehkan anda menikmati kemudahan tambahan belajar online, 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula. Jika anda berdaftar 3 hari sebelum tarikh pertandingan, ini bermakna anda hanya berpeluang menggunakan pakej ini selama 3 hari sahaja. Gunakan juga Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sama semasa menyertai Battle of The Brains 2010.

Anjuran Bersama:         Dengan Kerjasama:       Penaja: