"Pada saya, Battle of the Brains banyak membantu dan bermanfaat kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan dan juga sebagai sumber mengulangkaji pelajaran. Ia  juga menambah ilmu pengetahuan  murid-murid yang menyertai program ini.   Saya sendiri mengulangkaji pelajaran dan ianya benar-benar dapat membantu saya dalam pertandingan Battle of the Brains kali ini. Pakej ini turut membantu saya menghadapi  peperiksaan UPSR kelak. Saya mahu kembali dengan menyertai Battle of the Brains akan datang."

Thiyanaprasath A/L Tamilmaran
SJK (Tamil) Simpang Lima Sri Andalas Klang

 

"Pada saya BOB adalah satu cabaran dan ujian kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan. Saya banyak membuat ulangkaji menggunakan pakej tutor dan saya akui juga yang soalan-soalan dan juga latihan topikal pakej tutor banyak mebantu saya dalam pertandingan Battle of the Brains ini. Pakej ini juga saya gunakan untuk mengulangkaji apa yang telah saya belajar di sekolah dan juga tuisyen. Saya mahu menyertai lagi Battle of the Brains akan datang!"

Sharveena A/P Velan
Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist 2, Melaka

 

"Pandangan saya terhadap Battle Of The Brains UPSR adalah cukup mencabar dan membantu saya meningkatkan prestasi pelajaran saya. Saya akui pakej ulangkaji Tutor banyak membantu saya dalam menjawab soalanpertandingan ini dan juga pembelajaran seharian. Jika berpeluang saya akan mengambil bahagian lagi dalam pertandingan Battle of the Brains akan datang."

Sarrvish A/L Subramaniam
SK (1) Simpang Lima, Taman Selatan, 40000 Klang, Selangor

 

 "Pada pandangan saya, Battle of the Brains adalah satu cabaran bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Ia dapat membantu melatih diri menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Saya menggunakan pakej Pembelajaran Tutor Dalam Talian setiap kali saya ada peluang.

 Pakej ini telah membantu saya menjawab soalan pertandingan dengan tepat dan teliti. Pakej ini turut membantu saya membina keyakinan diri menghadapi Peperiksaan UPSR. Pakej ini juga membolehkan saya menilai tahap kesediaan saya menghadapi Peperiksaan UPSR. Saya tentu akan menyertai Battle of the Brains untuk pusingan seterusnya jika berpeluang."

Samantha Ann George
Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya

 

 "Saya merasakan pertandingan sebegini membawa banyak kebaikan dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui tahap persedian mereka untuk peperiksaan sebenar. Kadang kala, apabila saya ada masa lapang, saya akan menggunakan Pakej pembelajaran ini sebaik mungkin. Mengulangkaji menerusi Tutor Online banyak  membantu saya dalam menjawab soalan-soalan pertandingan.

Pakej ini banyak membantu saya dalam menghadapi UPSR. Pakej ini mendedahkan pelbagai jenis soalan kepada saya. Dengan ini, saya lebih bersedia dengan soalan sebenar UPSR nanti dan ianya memberikan semangat baru kepada saya."

P. Paartiban A/L M. Paneerselvam
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda

 

 "Saya berpendapat bahawa Battle Of The Brains UPSR ini banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran saya terutamanya bagi mata pelajaran teras.Dengan menduduki peperiksaan semirip dengan peperiksaan sebenar secara menyeronokkan,ini dapat menyemai minat seseorang murid dalam meneruskan pelajaran dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi UPSR.
 
 Pakej pembelajaran ini banyak membantu saya untuk menjawab soalan-soalan pertandingan melalui ulang kaji yang dilakukan dengan kerap. Menerusi Pakej Pembelajaran Tutor dalam talian ini juga saya lebih bersedia dan yakin untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang.
 
Saya akan menyertai pusingan pertandingan yang seterusnya sekiranya terdapat lagi memandangkan ia banyak membawa manfaat dan kebaikan terutamaya bagi warga pelajar."

Lee Liang Jiun
Sekolah Kebangsaan St. John (2)

 

"Pakej Tutor Online ini sangat bagus dan membina keyakinan saya untuk menghadapi UPSR.  Saya dapat menguji kefahaman saya sebelum menjawab soalan pertandingan. Bahkan, saya berpeluang untuk belajar perkara baru menerusi pakej ini. Kadang kalasaya menggunakan nota dalam talian terdapat dalam pakej ini untukmengulangkaji pelajaran. Saya akan meminta ibubapa saya untuk melanggan pakej PMR pula selepas ini, itu sudah pasti."

Dhanya Laxhmi A/P Velapan
Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2, Melaka 

 

"Program ini memberi persediaan kepada kami sebagai pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR.Program ini turut menilaikan persediaan saya terhadap peperiksaan sebenar UPSR. Dengan soalan-soalan dalam Battle of The Brains, saya lebih memahami tahap peperiksaan sebenar UPSR.

Pertandingan dengan pelajar-pelajar lain dari seluruh Malaysia juga menjadikan peperiksaan lebih menarik. Pada masa yang sama, saya juga dapat membandingkan prestasi saya dengan rakan-rakan lain.
Pakej ini ada membantu saya untuk bersedia menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Saya amat berminat dalam program ini dan akan saya langgani pakej PMR pula selepas ini."

Chew Way Yan
Sek Jenis Kebangsaan (C) Desa Jaya 2 

 

 "Dengan Battle Of The Brains 2009 saya dapat menguji tahap kecekapan minda saya semasa bertanding dengan peserta-peserta dari seluruh Malaysia"

Veerashni A/P Karuppaiah
Sekolah Kebangsaan Seremban 2A
 

 "Pertandingan Battle Of The Brains UPSR baik untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi UPSR"

Nur Amirah Hannan Bt. Azmir
Sekolah Kebangsaan USJ 20
  “Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menyediakan banyak maklumat tambahan tentang subjek-subjek termasuk ribuan soalan latih tubi. Nota-notanya ringkas dan padat serta senang diingat. Soalan-soalan yang disediakan juga meliputi pelbagai topik/tajuk, termasuk ujian secara online. Ini banyak melatih pelajar-pelajar mahir dalam teknik-teknik menjawab sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan ”

Muhammad Faisal Bin Maarif
Sekolah Kebangsaan Jelutong, Pt Raja, Batu Pahat, Johor
5A - UPSR 2007
  

“Saya sentiasa mencabar diri dengan soalan-soalan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menjelang UPSR. Paling mencabar ialah menaip untuk semua kertas 2. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat pertama dan semuanya ini mendorong saya untuk lebih berusaha memperbaiki kesilapan serta berkeyakinan tinggi ketika menghadapi UPSR lalu. Matlamat saya untuk menjadi pelajar MRSM 2008. Saya percaya rakan-rakan semua bersetuju...Tutor Ada Cara ! ”


Mohamad Nor Aidil Bin Puzi
Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Ampang, Selangor Darul Ehsan
5A - UPSR 2007

  “Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My membantu saya membuat ulangkaji secara topikal dan secara keseluruhan melalui ujian-ujian yang terdapat dalam pakej ini. Saya lebih suka kerana ia memberi peluang kepada cara pembelajaran yang lebih terkini, menyeronokkan dan berkesan. Soalan yang dikemukan dalam ujian dan peperiksaan adalah pelbagai aras, ada yang senang dan ada yang sukar namun ini mencabar minda saya bahawa banyak lagi jenis soalan yang belum saya terokai. ”

Nur Adnin Shereen Binti A.Halim
Sekolah Kebangsaan Telok Berembang, Lubok China, Melaka
5A - UPSR 2007
  

“Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My dapat menguji kefahaman pelajar tanpa menimbulkan rasa bosan kerana ia dibuat secara interaktif. Di samping itu, Pakej ini juga cukup lengkap dan memenuhi sukatan pelajaran yang diberikan di sekolah. Soalan-soalan dalam pakej ini juga amat mencabar dan membantu saya mengulangkaji pelajaran dengan lebih sistematik. ”


Nurul Natasya Binti Azman
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
5A - UPSR 2007

  “Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My membantu saya mencapai kejayaan kerana saya berupaya untuk membuat banyak latihan dalam menjawab soalan dalam masa yang ditentukan. Soalan-soalan ujian dan peperiksaannya pula adalah setaraf dengan soalan-soalan dalam peperiksaan sebenar dan kadangkala lebih rumit. ”

Hisham Rashid Bin Aminurrashid
Sar Seri Al-Ummah,Perak Darul Ridzuan
5A - UPSR 2007
  “Saya amat terkejut apabila mengetahui keputusan peperiksaan Battle of the Brains UPSR tersebut. Saya tidak menduga bahawa saya akan mendapat keputusan seperti itu kerana terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan. Tambahan pula, di luar sana ramai rakan-rakan yang berkebolehan. Bagi saya, soalan-soalan tersebut mencabar terutamanya subjek Sains.


Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini telah dapat membantu saya menguasai sesuatu subjek. Tambahan pula saya dapat mencuba pelbagai tahap soalan. ”

Nor Alia Hazwa binti Mohd Azhar
Tempat Pertama Battle of The Brains UPSR 2007

 “Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My memang membantu saya belajar dengan baik kerana saya dapat mengulangkaji dengan lebih sistematik dan berkesan. Battle of the Brains yang saya sertai pula sangat mencabar minda. Saya ingin menggalakkan rakan-rakan yang lain mengikuti pakej ini dari awal lagi kerana ia dapat membaiki kelemahan dalam mata pelajaran.”

Fatin Khalidah
Tempat ke-3 Battle of the Brains UPSR 2007

  

“Pakej ini dapat membantu saya untuk membuat ulang kaji dengan lebih baik, menarik dan tidak membosankan.


Pakej ini juga membolehkan ibubapa saya melihat prestasi pencapaian setiap matapelajaran yang saya buat. Pakej ini juga membolehkan saya meningkatkan kemahiran untuk menggunakan komputer dengan lebih baik lagi.

Mengenai tahap soalan Battle of the brains, saya dapati soalan pada set pertama agak susah sedikit berbanding dengan set yang kedua. Namun saya amat gembira kerana ada beberapa soalan yang terdapat dalam ujian tersebut belum pernah diberikan oleh guru atau mana-mana soalan latihan dalam buku yang saya buat. Ini membuka minda saya untuk menyiapkan diri dengan lengkap lagi ke arah persediaan menjelang UPSR 2007 yang hanya tinggal 69 hari lagi.

Justeru, saya berharap pihak tutor dapat mengadakan lebih banyak sesi ujian percubaan online untuk saya dan rakan-rakan yang akan mengambil UPSR tahun ini. ”

Nur Adnin Shereen binti A.Halim
Tempat ke-5 Battle of the Brains UPSR 2007

  “Saya berpendapat Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini sangat membantu saya didalam penyediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR saya. Dengan selalu melakukan latihan bertubi, saya berharap dapat menambahkan persediaan saya menghadapinya nanti.

Bagi Battle of the Brains pula, soalan-soalan yang diberikan amat mencabar keupayaan saya dan saya ingin terus mengambil bahagian sekiranya diberikan peluang lagi.”

Hariz Kamaruddin
Tempat ke-9 Battle of the Brains UPSR 2007
  

“Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My serba sedikit dapat membantu anak saya belajar dengan baik. Saya percaya jika beliau rajin mengulangkaji dan membuat soalan yang terdapat dalam pakej tersebut, prestasinya akan meningkat keseluruhannya. Pakej ini meliputi keseluruhan subjek yang terdapat dalam peperiksaan. Pakej ini juga dapat membantu dan menguji setakat mana pemahaman yang diperolehi pelajar dalam merialisasikan kejayaan yang cemerlang.


Soalan-soalan Battle of the Brains amat mencabar secara keseluruhannya. Saya juga ingin mencadangkan lebih banyak Battle of the Brains dijalankan untuk mengukur persediaan pelajar sebelum peperiksaan sebenar. ”

Amsyar Arif Bukhary
Tempat ke-16 Battle of The Brains UPSR 2007

  “Saya akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2008. Peperiksaan adalah sesuatu yang amat menakutkan setiap pelajar terutamanya jika kita tidak bersedia. Saya menggunakan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My hampir setiap hari. Kelebihan portal ini ialah mengandungi kedua-dua jenis soalan objektif dan subjektif yang tidak boleh diperolehi melalui portal lain . Skima jawapan yang disediakan memudahkan saya melatih diri menjawab dengan cara yang betul seperti dikehendaki.

Pembelajaran secara online sungguh mudah dan berkesan. Rekod pencapaian saya sentiasa dikemaskini sepanjang masa melalui e-kad laporan secara automatik. Kelemahan saya dalam topik tertentu dapat dikesan dengan mudah dan langkah-langkah mengatasinya melalui latihan topikal dan ujian penilaian dalam talian dapat dibuat dengan cepat.

Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami subjek Science dan Mathematics yang diajar oleh guru dalam kelas walau pun ia dalam Bahasa Inggeris kerana saya sentiasa membuat persediaan awal melalui nota dalam talian yang begitu lengkap dan menarik. Saya tidak perlu membuat nota tambahan kerana nota-nota tersebut boleh dicetak pada bila-bila masa. Tiada tekanan mental semasa belajar.Saya rasa selesa dengan kaedah pembelajaran secara online ini.

Selain dari saya , kakak saya Noor Sabariah yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun 2007 ini turut menggunakannya.

Kami berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang begitu perihatin dan sudi melanggan pakej ini untuk membantu kami. Pada saya setiap ibu bapa perlu memikirkan perkara secara serius”

Muhammad Hakim Azmi
Pelajar Tingkatan 2
Victoria Institution, Kuala Lumpur